• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Bas Ekspres Ke Pantai Timur Pulih

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak 26 Dis lepas akibat banjir kini disambung semula.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Sememanjung Malaysia (PEMBAWA), Tajuddin Mohd Yunus berkata kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dari ibu negara ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu sudah membuka semula perkhidmatan mereka.

“Namun laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Pekan perlu melalui jalan alternatif seperti laluan Bahau, Muadzam Shah dan Rompin kerana laluan biasa telah dinaiki air,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perjalanan ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu mungkin mengambil tempoh masa lebih lama kerana jalan masih dalam keadaan kurang baik.

“Contohnya jika kebiasaannya ia mengambil masa tujuh jam dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, kini ia mungkin mengambil masa sehingga sembilan jam kerana jalan rosak atau mungkin masih ditenggelami air,” katanya.

Tajuddin berkata walaupun bas terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih panjang, namun kadar tambang kekal seperti dahulu.

“Pengusaha dan syarikat tidak dibenarkan mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar tambang dengan alasan mereka menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh,” katanya.

Pada 29 Dis lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menghentikan perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dilanda banjir dan menggalakkan syarikat menggunakan laluan alternatif. – BERNAMA

Tags: bas ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd