• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhatian Khusus Golongan Tak Bernasib Baik Di Bandar

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BHARU – Kerajaan negeri Johor akan memberi perhatian sewajarnya kepada golongan tidak bernasib baik di kawasan-kawasan bandar yang terjejas akibat kepesatan proses urbanisasi dalam negara.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antaranya tumpuan terhadap penyediaan rumah mampu milik kepada golongan susah dan berpendapatan rendah serta mengatasi isu berbangkit yang lain.

“Kita perlu tangani isu dalam bandar seperti ini kerana rakyat semakin ramai duduk dalam bandar. Kalau dahulu, peratusan penduduk dalam kawasan bandar dengan luar bandar adalah antara 20 hingga 30 peratus, namun kini dah mencapai 50-50 peratus.

“Kalau kita tidak selesaikan isu-isu seumpama ini, akan timbul masalah lain,” kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan basikal kepada pelajar-pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang di Dewan Raya Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Selain usaha kerajaan negeri, beliau turut mengharapkan banyak usaha baharu dilakukan kerajaan persekutuan serta syarikat swasta untuk menangani isu serupa.

“Seperti yang banyak kali dikatakan, kita di Johor sedang berhadapan dengan pembangunan yang pesat dan satu daripada cabaran yang dihadapi adalah bagaimana pembangunan pesat itu dapat dijayakan secara inklusif supaya memberi manfaat kepada semua rakyat.

“Dalam konteks ini, sudah tentulah tidak cukup dengan hanya kerajaan memainkan peranan. Ia juga memerlukan kerjasama sokongan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat swasta kerana mereka juga adalah enjin pertumbuhan Johor dan negara,” kata Mohamed Khaled.

Terdahulu, sebanyak 250 buah basikal bernilai RM50,000 diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Ia merupakan sumbangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Mykasih, yang ditubuhkan pada 2009. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd