Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Rogol, Liwat Anak Tiri,...

KOTA TINGGI - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 10...

Empat Pendaki Maut Cuba...

LIMA - Tiga pendaki gunung dari Sepanyol dan jurupandu tempatan terbunuh ketika mendaki...

Jaga Alam Sekitar, Jadi...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

Hasrat Gadis 14 tahun...

Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.Stephanie...

Perancis: Lelaki Bersenjata Minta Rakan Serang Balai Polis

PARIS – Lelaki bersenjata yang ditembak mati polis selepas menawan tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di timur Paris, semalam menelefon rakannya dari tempat kejadian, menggesa untuk melancarkan serangan lagi, kata sumber keselamatan negara itu.

Suspek, Amedy Coulibaly terbunuh dalam serbuan ke atas pasar raya itu di mana empat tebusan dilaporkan terbunuh.

Lelaki berusia 32 tahun itu memberitahu televisyen Perancis dalam satu temu bual di lokasi kejadian bahawa tindakannya diselaraskan dengan dua lelaki bersenjata yang menembak mati 12 orang di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo, Rabu lalu.

Beliau meminta rakannya supaya pergi dan serang lebih banyak sasaran, khususnya balai polis di pinggir Paris,” kata sumber itu.

Teman wanitanya, Hayat Boumeddiene, 26, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang anggota polis wanita kelmarin, masih diburu polis.


Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis agama, bukan majlis awam seperti yang ditetapkan undang-undang Perancis.

Coulibaly juga memberitahu saluran BFM dia adalah seorang ahli kumpulan jihad Islam yang dipanggil untuk serangan di Perancis dan negara lain yang tidak bersetuju dengan serangan udara diketuai Amerika Syarikat ke atas militan IS di Iraq dan Syria.

Menurut sumber, Coulibaly menembak dua orang sebaik saja memasuki pasar raya itu di Porte de Vincennes dan membawa satu atau lebih beg mengandungi bahan letupan bersamanya tetapi tidak meledakkan bom itu.

“Dia cuba memasang jerangkap samar di pintu masuk ke kedai itu, di mana beliau telah dikepung oleh polis, tetapi tidak disambungkan bahan letupan itu,” menurut sumber itu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori