• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Separuh Kotak Hitam QZ8501 Berjaya Diangkat Keluar

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMASUKI hari ke-16 misi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Kalimantan Tengah, hari ini (Isnin) Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) berjaya mengangkat keluar perakam data yang tenggelam di dasar lautan.

Pengarah BASARNAS Bambang Solistyo membuat pengesahan tentang penemuan perakam data penerbangan tersebut awal pagi ini.

[BACA INI JUGA : Sonar Kesan Objek Besar Dipercayai Badan QZ8501]

“Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7:11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan,” tambah beliau.

Kini penyelam Tentera Laut Indonesia sedang meneruskan operasi pencarian sebahagian lagi kotak hitam iaitu perakam suara kokpit.

Sebuah kotak hitam mempunyai dua bahagian iaitu perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

Perakam data berfungsi merakam aliran maklumat penerbangan. Manakala perakam suara kokpit merakam perbualan atau apa sahaja bunyi di kokpit.

_80189005_80188998

Sementara itu, menurut Komandan Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Jhonson Simatupang, walaupun sudah lebih dua minggu operasi SAR dilakukan, namun ia tetap mengutamakan misi mencari penumpang.

Kini, 27 aset mencari dan menyelamat (SAR) sudah dikerah ke lokasi carian di Selat Karimata setelah penemuan sebahagian kotak hitam dan ekor pesawat di situ.

Ujarnya lagi, kawasan pencarian juga masih kekal iaitu sejauh 90 x 287 batu nautika yang telah dibahagikan kepada empat sektor.

“Pencarian mangsa (masih dilakukan). Helikopter mencari di persisir pantai, fixed wings menunggu arahan pusat (BASARNAS),” kata Johnson. – MYNEWSHUB.CC

Kesulitan Yang Dihadapi Pasukan SAR Untuk Mengangkat Keluar Ekor Pesawat QZ8501 Dari Dasar Lautan

https://www.youtube.com/watch?v=Zsd4MOZOhaohttp://mynewshub.cc/2015/01/12/sonar-kesan-objek-besar-dipercayai-badan-qz8501/

Tags: AirAsiaAirAsia IndonesiaNahas PesawatQZ8501
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd