• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah MMU Reka Khemah Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dengan kepakaran dan kreativitinya, seorang pensyarah Universiti Multimedia (MMU) menghasilkan khemah yang mudah dipasang dengan kos yang jauh lebih rendah untuk dijadikan kediaman sementara mangsa banjir.

Dr Che Zulkhairi Abdullah, 45, daripada Fakulti Multimedia Kreatif MMU mendapat ilham untuk menghasilkan khemah yang diberi nama ‘Payung Kehidupan’ itu selepas bencana banjir melanda negeri di pantai timur baru-baru ini.

Beliau berkata dengan kos serendah RM50 hingga RM100, khemah ciptaannya yang ringkas, seluas 3.048 meter x 3.048 meter, boleh menempatkan dua dewasa dan seorang kanak-kanak, boleh siap dalam tempoh kira-kira sejam sahaja.

“Selepas banjir mula surut, mangsa banjir yang kembali ke rumah sendiri perlu mendapatkan tempat berteduh khususnya bagi rumah mereka yang rosak atau hilang dihanyutkan air. Maka, khemah ini yang senang dibina sangat sesuai untuk dijadikan kediaman sementara di tapak rumah mereka yang rosak.

“Khemah yang berkonsep permainan Lego boleh dibina dalam pelbagai saiz dan boleh diperluaskan atau menambah bilik, serambi, tempat mandi dan tandas mengikut keperluan dari semasa ke semasa dengan menambah bahan-bahan binaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dari University of Birmingham, United Kingdom, Che Zulkhairi berkata susun atur khemah Payung Kehidupan itu turut mengambil kira aspek kebersihan dan keselamatan penghuni.

Sambil memberi contoh, beliau berkata sebuah khemah biasa di pasaran berharga kira-kira RM250 hingga RM400 tetapi tidak boleh diperbesarkan malah ia berat dan sukar dibawa ke lokasi bencana.

Katanya khemah itu boleh dibina di lokasi, menggunakan bahan mudah diperoleh seperti kanvas, paip PVC, kayu, tali penyambung siku L dan T, klip dan pemegang kanvas.

Bagi mangsa banjir yang inginkan khemah yang lebih luas dan selesa, beliau berkata mereka boleh mendapatkan khemah seperti yang terdapat di pasar malam dan diubah suai dengan menambah dinding, tingkap, ruang pengudaraan dan net untuk menghalang serangga.

Selain itu, beliau berkata bahan binaan khemahnya senang dibawa dan ia amat praktikal untuk digunakan semasa bencana dan untuk tujuan lain.

Sehubungan itu, beliau telah berkongsi hasil ciptaannya dengan melampirkan grafik, pelan dan teknik di laman sosial Facebooknya iaitu DrZul Abdullah untuk panduan orang ramai.

“Ini merupakan sumbangan kecil saya untuk membantu mangsa banjir,” katanya sambil menambah terdapat beberapa NGO yang berminat untuk mempelajari teknik pemasangan khemah itu semasa misi bantuan di pantai timur. – BERNAMA

Tags: khemah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khemah Peniaga Lorong TAR Diarah Tutup

03/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan di Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan ini. Pengarah...

Menyedihkan, Sambut Aidilfitri Di Khemah

12/06/2018
0

DI saat umat Islam bergembira mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri, puluhan keluarga di Sabah harungi detik pahit apabila hanya khemah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd