• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Di Kawasan Banjir Jual Produk Rosak

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 987 produk makanan yang telah tamat tarikh luput yang dijual di 111 pasar mini dan pasar raya di kawasan terjejas banjir di Kelantan, Pahang dan Perak baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan turut mendapati ada peniaga terbabit menjual produk yang telah rosak akibat banjir seperti tin kemek dan berkarat.

“Hasil pemantauan mendapati daripada 13,878 produk makanan yang diperiksa, 987 daripadanya telah tamat tarikh luput dan 2,443 lagi didapati rosak akibat air banjir, tin yang kemek dan berkarat selain dicemari. Jumlah produk makanan yang dikeluarkan daripada rak bernilai RM807, 669. 02.

“Pemantauan terhadap produk makanan diteruskan bagi memastikan tiada penjualan produk makanan yang rosak akibat banjir dan selamat untuk di makan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya di kawasan terjejas banjir sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan wabak penyakit yang diakibatkan oleh lipas, lalat dan tikus.

Menurutnya, penyakit yang sering berlaku akibat banjir adalah penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan, cirit birit, kolera dan typhoid serta penyakit berjangkit lain seperti leptospirosis dan melioidosis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memasak makanan dan air yang diminum terlebih dahulu bagi memastikan ia bersih dan selamat untuk dimakan dan diminum.

Sementara itu, katanya, Kementerian Kesihatan menggerakkan sebanyak 101 anggota ke Kelantan bagi membuat penilaian aspek kesihatan alam sekitar luar bandar terutama daripada segi bekalan air bersih dan kemudahan tandas. – mynewshub.cc

Tags: KKMpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd