Sunday, November 10, 2024

Creating liberating content

Kecoh Di Parlimen: Serah...

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang dikaitkan dengan kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen...

Polis Kesan Pisau Bunuh...

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dalam...

Pesara Tentera Amang Seksual...

IPOH – Tindakan seorang pesara tentera melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan...

Hanya Satu Cara, Belanja...

PENGURUS Chelsea Antonio Conte yakin satu-satunya cara untuk terus memberi saingan sengit kepada...

Kreatif! Peniaga Bina Kedai Boleh Terapung Di Kuantan

KUANTAN – Pengalaman perit yang dilalui akibat kedai ditenggelami air banjir penghujung tahun 2013 hingga kerugian hampir RM100,000 mencetus idea seorang peniaga kedai runcit untuk membina sebuah kedai yang boleh terapung di Kampung Bukit Rangin di sini.

Idea kreatif, Azmi Putra Zakaria, 35, memasang kira-kira lapan tong plastik di bawah kedai yang dibinanya berjaya menyelamatkan kedai dan barang jualan dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Konsep yang diguna pakai itu cukup berkesan apabila kedai itu terapung setelah kawasannya dinaiki air.

Dia berkata, konsep memasang tong di bawah rumah atau bangsal sebenarnya sudah digunakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir seperti di Kampung Pagi, Jerantut.

“Usaha ini berjaya apabila kedai saya langsung tidak dimasuki air sebaliknya terapung dengan baik apabila banjir melanda kawasan persekitaran.

“Malah saya juga mengambil keputusan tinggal di kedai untuk menjaganya sementara ahli keluarga lain ditempatkan di pusat pemindahan banjir,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, bagaimanapun persiapan tetap dilakukan lebih awal sebelum banjir melanda apabila keperluan termasuk generator, dapur dan katil untuk kemudahan bermalam di kedainya disediakan untuk kegunaannya ketika berada di situ sepanjang musim banjir.

”Selepas keadaan air mula naik, saya mula memasang tali dan mengikat struktur kedai runcitnya pada tiang elektrik dan pokok berhampiran bagi mengelak hanyut dibawa arus banjir.


“Jika dibandingkan banjir 2013, keadaan banjir tahun ini tidaklah begitu teruk namun saya dan keluarga tetap mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan ini sering ditenggelami air,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk tinggal di kedai kerana bimbang dipecah masuk seperti yang berlaku sebelum ini.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia memperuntukkan kira-kira RM10,000 untuk membina kedai runcitnya yang lengkap dengan tangga batu bagi memudahkan pelanggan masuk ke kedai selain beberapa kemudahan lain.

Menceritakan kembali pengalaman perit sehingga mencetus ideanya membina kedai terapung bagi menghadapi banjir baru-baru ini, Azmi Putra berkata, sebelum banjir melanda penghujung 2013, dia baru membawa masuk stok barangan ke dalam kedai yang ketika itu disewa di Bukit Rangin.

“Ketika itu air naik terlalu cepat menyebabkan semua barangan tidak dapat diselamatkan dan rosak akibat ditenggelami air.

“Selepas kejadian itu, semangat berniaga seakan pudar namun saya berazam bangkit semula dengan membina kedai runcit boleh terapung ini yang terletak di depan rumah keluarga,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori