• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian Kotak Hitam QZ8501 Mungkin Ambil Masa Seminggu

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pencarian badan dan kotak hitam (perakam data penerbangan) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mungkin mengambil masa seminggu kerana pasukan penyelam yang sudah bersedia masih gagal memulakan tugas ekoran cuaca buruk dan laut bergelora.

Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia Toos Sanitiyoso berkata beliau berharap kotak hitam boleh ditemui dalam masa seminggu.

Menurut beliau, masih terdapat unsur ketidakpastian berhubung lokasi sebenar bangkai pesawat itu yang terhempas di laut Ahad lepas.

141231 map AirAsia search areas

“Fokus utama ialah untuk menemui kawasan sebenar bangkai pesawat dan juga kotak hitam.

“Ada dua langkah untuk menemui kotak hitam, pertama ialah mengesan lokasi bangkai dengan bahagian paling besar pesawat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pasukan penyiasat ketika ini sedang melihat kepada teori bahawa pesawat itu terbang sehingga berada pada tahap pegun selepas mendaki secara menegak bagi mengelakkan cuaca buruk di hadapannya kira-kira 40 minit selepas berlepas.

Pasukan penyelam ini sudah pun dalam keadaan siap siaga untuk masuk dan menyelam bagi meninjau imej sonar yang dikesan di dasar lautan pada kedalaman 30 hingga 50 meter yang mana mereka percaya pesawat Airbus A320-200 itu yang membawa 162 orang penumpang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam tweetnya hari ini berharap laporan media bahawa pesawat itu sudah ditemui adalah benar, kerana penemuan itu adalah sangat penting.

Sehingga kini, tujuh mayat sudah ditemui dan berjaya dikeluarkan dari laut berhampiran lokasi yang berkemungkinan lokasi pesawat itu tersadai.

Kesemua mayat diterbangkan ke Surabaya dari Hospital Imannudin di Pangkalan Bun di mana ahli keluarga sudah pun menanti untuk prosedur mengenalpasti identiti mereka.

MENARIK – KD Pahang Hanya Mampu Ambil Satu Mayat Daripada Tiga – TLDM

Pihak berkuasa juga masih mengumpulkan maklumat DNA daripada ahli keluarga untuk tujuan itu.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Mengenalpasti Mangsa Bencana Indonesia, Anton Castilani meminta pihak universiti daripada seluruh negara untuk bekerjasama dengan mereka.

Pesawat AirAsia berkenaan pada Ahad lepas dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara Indonesia dan kemudian hilang tanpa sebarang panggilan kecemasan. – MYNEWSHUB.CC

http://youtu.be/bYLxSBTqahc

Tags: AirAsia Indonesiapesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd