• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Kelantan Minta Guan Eng Tarik Balik Kenyataan

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan memberi amaran kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menarik balik kenyataan beliau yang mendakwa kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawab dengan baik sewaktu musibah banjir baru-baru ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika Guan Eng tidak berbuat demikian maka kesemua ahli DPP Kelantan akan sentiasa mengingati kecaman yang dilemparkan pemimpin DAP itu ke atas kerajaan PAS Kelantan.

“Saya kira Yang Amat Berhormat bolehlah menarik balik kenyataan tersebut jika ia benar sebagaimana yang dilaporkan. Degilnya Yang Amat Berhormat atas kenyataan ini, demikianlah akan tebalnya ingatan kami terhadap kecaman Yang Amat Berhormat,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan Guan Eng mengutuk kerajaan PAS Kelantan berikutan insiden banjir di negeri itu.

Beliau antara lain dilaporkan menyebut, jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah lebih baik jangan menjadi kerajaan negeri itu.

Ahmad Fadhli bagaimanapun meminta Guan Eng membuat penafian terhadap laporan akhbar itu jika beliau tidak membuat kenyataan seperti dilaporkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk segera mengambil tindakan perlu sekiranya berlaku salah lapor di pihak akhbar terhadap kenyataan beliau,” tegasnya.

Tags: BanjirLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd