• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemohon Program Matrikulasi Diminta Kemaskini Maklumat

oleh Ahmad Albab
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang telah membuat permohonan bagi mengikuti program matrikulasi melalui internet diminta mengemas kini maklumat mereka di laman web www.moe.gov.my.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memberitahu, calon SPM terbabit boleh berbuat demikian secara dalam talian mulai 4 hingga 25 Februari ini.

“Pemohon yang mengemaskini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan perlu masuk melalui ruangan e-Perkhidmatan berkala.

“Bagi mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM sahaja,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, keputusan bagi mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan akan dikeluarkan 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

Kata kenyataan itu, pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan kerana keputusan SPM pelajar akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.

“Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan secara atas talian sepenuhnya.

Bagi mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut, hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844083/4036/4040,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: pelajarSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd