• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberontak Ukraine Umum Serangan Besar-Besaran

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARIUPOL (Ukraine) – Pemberontak pro-Kremlin di timur Ukraine hari ini mengumumkan satu serangan besar-besaran dilakukan selepas bedilan roket yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di bandar pelabuhan Mariupol semalam.

Susulan serangan roket itu, masyarakat antarabangsa mendesak agar Moscow segera menamatkan sebarang sokongan dan bantuan terhadap puak pemisah Ukraine itu.

Pegawai Datuk Bandar Mariupol berkata, dalam serangan itu 97 orang dilaporkan cedera apabila berpuluh roket jarak jauh dilancarkan ke bandar strategik itu.

Serangan pada awal subuh itu di daerah yang padat penduduk itu kemudian diulangi pada sebelah petang.

“Keadaan sekarang semua penduduk di bandar ini amat takut,” kata seorang penduduk Mariupol.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Pavlo memberitahu, berpuluh penduduk yang terselamat segera memberi bantuan kepada mereka yang cedera dari runtuhan dinding konkrit sebuah pangsapuri era Soviet.

“Hari ini kita melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Mariupol,” demikian menurut akhbar Russia, RIA Novosti memetik ketua pemberontak Republik Donetsk, Alexander Zakharchenko.

“Namun kita akan menambah serangan ini beberapa jam lagi kerana pasukan kami serang mengumpulkan kekuatan untuk melakukan operasi lebih aktif di Mariupol,” kata Zakharchenko dipetik sebagai berkata.

Namun, timbalan Zakharchenko menafikan bertanggungjawab atas kematian orang awam dan memberitahu kenyataan Zakharchenko itu tidak merujuk kepada serangan roket berkenaan. – AFP

Tags: serangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

18/07/2026
0

JELEBU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melahirkan rasa terharu dengan semangat luar biasa yang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd