Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Peniaga Mengaku Tidak Salah...

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini...

Ketua Polis Negara Nafi...

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut...

Obama ‘Crash’ Perkahwinan Pasangan...

PASANGAN pengantin baru, Brian Tobe dan isterinya, Stephanie Tobe cukup bertuah apabila dapat merasai pengalaman individu...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Pembantu Kedai Didakwa Rogol, Liwat 2 Kanak-Kanak

BUTTERWORTH – Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, atas dakwaan merogol dan meliwat dua kanak-kanak.

Abd Rahim Ishak, 50, yang berhadapan dengan empat pertuduhan membuat pengakuan itu di hadapan dua hakim, Hakim Meor Sulaiman dan Hakim Julie Lack.

Bagi pertuduhan pertama, Abd Rahim didakwa melakukan perhubungan seks dengan memasukkan jari kelingking ke dalam vagina dan dubur seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun 2 bulan di rumah No 149, Jalan Sama Gagah di Seberang Perai Tengah, pada waktu malam di antara 24 November 2014 hingga 11 Januari 2015.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Abd Rahim didakwa melakukan persetubuhan pada tarikh, masa dan tempat yang sama terhadap mangsa yang sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak kurang 6 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, Abd Rahim didakwa dengan sengaja telah memasukkan jari kelingking ke dalam vagina dan dubur seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun 7 bulan pada tarikh, tempat dan masa yang sama.


Dia didakwa di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir, Abd Rahim didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap mangsa yang sama berumur 8 tahun 7 bulan di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Kedua-dua Hakim menetapkan 9 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Abd Rahim tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranjini. – BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=-v72q4iys6w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori