• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Paya

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemandu teksi maut manakala seorang wanita cedera selepas kenderaan yang dipandu bergesel antara satu sama lain sebelum terbabas ke kiri jalan di Jalan Sungai Lembing dekat Kampung Padang di sini hari ini.

Pemandu teksi berkenaan Husin Mahmad, 55, dari Felda Bukit Goh di sini mati di tempat kejadian, manakala seorang kakitangan Jabatan Pendidikan Pahang Munirah Md Jedi, 31, cedera.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, kemalangan berlaku pukul 7.30 pagi semasa kedua-dua kenderaan tersebut dari arah Sungai Lembing menghala ke bandar Kuantan.

“Nahas dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu Munirah cuba memotong teksi tersebut.

Bagaimanapun semasa sedang memotong, secara tiba-tiba teksi itu membelok masuk simpang ke Taman Kampung Padang Jaya di kanan jalan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bergesel sebelum terbabas dan terjunam masuk ke dalam paya di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi terbabit telah terperangkap di dalam keretanya dan disahkan mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat manakala wanita yang cedera itu turut dirawat di hospital sama.

Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd