KEMAMAN – Seorang lelaki yang dilapor hilang Rabu lalu selepas memancing di Sungai Cherul, Kampung Ban Hoe di sini ditemui lemas pagi tadi.
Mayat Rimedan Seman, 25, dijumpai anggota pasukan bomba dan penyelamat kira-kira pukul 7.50 pagi, lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan hanyut.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Ismail Mat Hassan berkata, mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – BERNAMA