• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Janji Buat Pelaburan Jangka Panjang

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
DAVOS – Majlis makan tengah hari perniagaan Malaysia di luar acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45, mendapat sambutan daripada syarikat asing, yang turut membuat perakuan untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh jangka panjang.
Tindakan proaktif kerajaan, selain persekitaran perniagaan yang kondusif, menjadi antara faktor utama yang membuat pelabur ‘gembira’ untuk melabur di Malaysia.
Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Royal Vopak,  Eelco Hoekstra berkata, kumpulan itu sentiasa membuat pertimbangan jangka panjang dalam pelaburan mereka.
Malaysia sebagai contoh, menawarkan peluang yang selari dengan strategi pelaburan jangka panjang syarikatnya.
“Kami membuat perancangan jangka panjang dalam pelaburan kami di Malaysia, dan pelaburan itu adalah berasaskan tadbir urus Malaysia yang baik, selain sebagai rakan dagang yang baik,” katanya kepada wartawan Malaysia pada majlis makan tengah hari perniagaan yang dihoskan oleh Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan InvestKL di sini pada Khamis.
Pelabur Belanda itu kini menjalin usaha sama dengan Petronas dan Dialog Group membangunkan terminal perindustrian di Pengerang, Johor yang merupakan sebahagian penting projek Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas. Syarikat terbabit turut terlibat dalam projek Terminal Petroleum Laut Dalam Pengerang, bernilai RM5 bilion.
Sementara itu, Pengerusi dan CEO Lafarge, Bruno Lafont, berkata syarikat terbabit juga membuat pertimbangan pelaburan jangka panjang di Malaysia.
“Kami beroperasi di lebih daripada 60 negara, dan Malaysia merupakan antara operasi terbesar dan mendapat perhatian utama syarikat,” katanya.
Lafarge, peneraju dunia dalam bahan binaan, mengaji 64,000 pekerja di 62 negara.
Lebih 100 pemimpin korporat daripada 55 syarikat asing dan 39 pegawai kanan korporat Malaysia hadir pada majlis perniagaan itu.
Antara pemimpin syarikat terkemuka yang hadir ialah General Electrics, Barclays, Bata, Huawei, Lippo Group, Hyatt Hotel dan Ernst & Young.
Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu  merupakan sebahagian daripada program kerajaan di WEF untuk meningkatkan profil Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan di Asean. – BERNAMA

Tags: WEF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Malaysia Ke-8 Paling Cekap Di Dunia

15/07/2015
0

LONDON - Kerajaan Malaysia tampil bergaya apabila menduduki tempat kelapan paling cekap di dunia dalam senarai dikeluarkan badan antarabangsa, Forum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd