Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dibunuh Terlentang...

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, dijumpai dalam keadaan terlentang oleh...

Maut Kenderaan Dihempap Dahan...

KUALA NERUS – Perjalanan menuju ke kem motivasi sebagai persediaan menjelang Sijil Pelajaran...

Video Seluar Dalam: Arja...

TEKA-TEKI tindakan pelakon Arja Lee memuat naik video sensasi mempamerkan dirinya mengenakan seluar...

Tembak Mati Rakyat Malaysia:...

KOTA BHARU - Polis Kelantan sedia bekerjasama bagi membantu pihak berkuasa Thailand mengesan...

Pasca Banjir: Guru Bantu Bersih Sekolah

KUALA KRAI – Keadaan di Kuala Krai yang masih belum pulih sepenuhnya setelah dilanda banjir tidak menghalang guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama ‘turun padang’ dalam keadaan cuaca panas untuk membantu membersihkan bangunan sekolah itu.

Tinjauan Bernama mendapati guru dan kakitangan sekolah sibuk membersihkan kesan lumpur bagi membolehkan sekolah itu memulakan sesi persekolahan baharu pada 11 Jan ini.

Tanpa menghiraukan status sebagai warga pendidik, mereka turut menjadi sukarelawan dan membantu mangsa banjir.

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang turut membersihkan sekolah berkenaan, telah meringankan tugas mereka.

Nor Aini Mat Nor, guru Penolong Kanan Ko-kurikulum yang juga guru subjek Ekonomi Asas di sekolah itu, sanggup turun padang untuk membersihkan sekolah walaupun rumahnya sendiri di Kampung Manek Urai Baru turut terjejas banjir.

“Hati saya sebak memikirkan bagaimana murid-murid hendak memulakan kelas pada 11 Jan nanti kerana kerja-kerja pembersihan akan mengambil masa yang lama kerana keadaan kelas yang kotor serta dipenuhi selut,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurutnya kesan paras air, masih melekat pada dinding sekolah sehingga ke tingkat satu menunjukkan betapa tingginya paras air dan sukar membayangkan keadaan sekolah ketika dikelilingi air.

Nor Aini yang sudah berkhidmat di sekolah itu kira-kira 20 tahun berkata sebelum ini, sekolah berkenaan tidak pernah dinaiki air sehingga ke tingkat satu.


Beliau berkata peralatan sekolah seperti pakaian seragam, buku teks, komputer, mesin pencetak, perabot dan papan tulis banyak yang rosak malah ada yang dihanyutkan air banjir.

“Kami mohon bantuan Kementerian Pendidikan supaya meneliti dan mengambil kira kelengkapan sekolah yang rosak… kerana tidak lama lagi murid-murid akan memulakan sesi persekolahan,” katanya

Roslinawati Mohd Nawi, guru Bahasa Melayu yang sudah berkhidmat tiga tahun di sekolah itu, bersyukur apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat memberi bantuan air untuk membersihkan sekolah.

“Bekalan air di sekolah ini terputus sejak banjir dan kami sukar membersihkan selut lumpur yang sudah kering… mujur anggota bomba membantu menyediakan kemudahan air bertekanan tinggi,” katanya.

Selain itu, bantuan anggota tentera dan pelatih PLKN meringankan beban pentadbiran sekolah.

“Kami perlu membersihkan sekolah dengan segera kerana lima hari lagi pelajar baru tingkatan satu akan membuat pendaftaran.

“Insya Allah… warga pendidik macam kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membersihkan kawasan sekolah dan semoga dipermudahkan dalam segala urusan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori