• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Belia Catat Sejarah, 133 Perwakilan Mula Bersidang

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila bersidang buat kali pertamanya melibatkan 133 perwakilan yang membahaskan pelbagai usul dalam suasana tenang dan terkawal di Dewan Rakyat hari ini.

Persidangan yang bermula 10 pagi dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan disusuli dengan bacaan doa.

Seperti persidangan Dewan Rakyat, anggota dan pegawai Dewan turut hadir termasuk Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah.

Ronald dalam ucapan ringkasnya berkata perwakilan diharapkan dapat berbahas dengan bijak dan matang dengan mengemukakan idea-idea bernas tentang isu semasa untuk dibahaskan.

Beliau juga percaya, pada akhir perbahasan nanti, perwakilan mampu merangka pelbagai program belia untuk dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan pihak-pihak lain untuk maklum balas seterusnya.

Persidangan kemudian dimulakan apabila anggota Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya Mohd Abroar Mohd Sidek, (perwakilan Selangor 10) bangun dan mencadangkan kerajaan menubuhkan ‘Skim Biasiswa Kecemerlangan Kemahiran’ (SBKK) untuk membantu pelajar kemahiran melanjutkan pelajaran.

Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Daripada 133 anggota belia yang terlibat dalam persidangan Parlimen Belia hari ini, seramai 13 orang dilantik, dan selebihnya dipilih.

Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia ini iaitu Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undang
dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi; Rohani dan Agama.

Untuk persidangan pertama ini, sebanyak sembilan usul akan dibentang dan dibahas dalam masa 90 minit dan dijangka kesemua usul dapat dihabiskan dalam tempoh dua hari persidangan. – BERNAMA

Tags: Parlimen Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Belia Bukan Olok-Olok

30/09/2018
0

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang melakukan...

Usul Tambah Baik Hukuman Rotan Pelajar Di PBM

08/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM), yang bersidang buat kali pertama bagi penggal 2017-2018, bermula hari ini dengan pembentangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd