Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Dijemput Ilahi Ketika Hantar...

KOTA BHARU - Perjalanan seorang ibu yang memandu kenderaan jenis pacuan empat roda...

Anak Ke-2 Panda Gergasi...

KUALA LUMPUR - Anak kedua pasangan panda gergasi dari China yang ditempatkan di...

Gara-Gara Belum Habis Order,...

SATU rakaman video menyaksikan seorang pelanggan yang berang dengan staf McDonaldā€™s dan bertindak...

Bina Puri Sasar Kontrak...

KUALA LUMPUR - Bina Puri Holdings Bhd yakin dengan prospek jangka panjang dan...

Pameran 1,600 Panda Curi Tumpuan Lebih 5,000 Pengunjung

MELAKA – Pameran 1,600 panda yang diadakan sehari di Dataran Stadthuys, Bandar Hilir di sini hari ini berjaya menarik perhatian lebih 5,000 pengunjung terutamanya pelancong asing.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata selain menjadi tarikan pelancong, pameran yang menampilkan patung berbentuk panda dalam pelbagai aksi itu disusun di jalan dan tangga kawasan itu sekali gus menimbulkan kesedaran orang ramai tentang konservasi panda.

“Pemilihan lokasi ini yang menjadi tumpuan pelancong amat bertepatan bagi menarik ramai orang supaya sayang terhadap panda ini seterusnya menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya konservasi panda terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Kita alu-alukan penganjuran pameran ini lagi selepas ini, jika boleh hari-hari nak anjurkan pun tidak apa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran itu di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Pameran itu sedang dalam penjelajahan ke 15 lokasi seluruh negara termasuk Dataran Putrajaya, Batu Caves di Selangor dan Menara Condong Teluk Intan di Perak dengan Malaysia merupakan negara ketiga penganjuran pameran yang bermula pada 2008 itu.


Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah projek terbengkalai di negeri ini.

“Projek terbengkalai itu bernilai kira-kira RM150 juta yang kita mahu ambil tindakan pantas tahun ini juga,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori