• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paha Pemenang Miss BumBum Brazil Berlubang Akibat Suntikan

oleh AK-47
08/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMENANG tempat kedua Pertandingan Miss BumBum Brazil 2012, Andressa Urach, 27, tidak menyangka dia terpaksa menanggung akibat yang begitu teruk semata-mata mahu membesarkan bahagian paha dan punggungnya.

Bagi tujuan itu dia dilaporkan menyuntik beberapa bahan termasuk hidrogel dan Paramethoxymethamphetamine (PMMA) sebelum mengadu tidak selesa pada bahagian berkenaan, Julai lalu.

Tak lama kemudian pahanya seolah-olah ‘pecah’ dan berlubang hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Paha Peserta Miss BumBum 2012 Berlubang Akibat Suntikan

“Hidrogel itu tidak diserap oleh tubuh dan ia mula memudaratkan saya. PMMA pula didapati melekat pada otot dan menyebabkan tisu mereput,” katanya kepada media Brazil.

Doktor yang merawat memberitahu, kaki kiri Andressa mungkin terpaksa dipotong kerana keadaan itu boleh membahayakan nyawanya.

Sementara itu, rakan serumahnya memberitahu dia dan Andressa sememangnya kerap berjumpa dengan pakar bedah plastik.

“Kami berjumpa dengan pakar bedah plastik seperti pergi membeli-belah. Kadang-kadang kami bersetuju untuk melakukan prosedur (bedah) bersama-sama, kami tak takut. Kami memang hamba kecantikan,” katanya.

Paha Peserta Miss BumBum 2012 Berlubang Akibat Suntikan
Andressa Urach ketika muncul sebagai peserta pertandingan Miss BumBum Brazil 2012.

Aduhai, apalah guna cantik kalau nyawa sendiri jadi taruhan?

Susah kalau manusia jenis tak tahu bersyukur macam ni… – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Tsy6VP_JYls

Oleh: ELZA

Tags: Brazilluar negaramodelselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd