• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Hina Agama: Charlie Hebdo Hidup Dalam Ketakutan

oleh
09/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Ketika masyarakat antarabangsa khasnya pemimpin Barat mengutuk kumpulan ekstremis Muslim, beberapa media tempatan mendedahkan, insiden terburuk itu berpunca daripada sikap penerbitan tersebut yang sering keterlaluan ‘menghiris’ sensitiviti umat Islam.

Kulit depan majalah Charlie Hebdo keluaran 3 November 2011 sengaja ditukar menjadi Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam. – Gambar hiasan

Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang turut terbunuh, dikenal pasti amat mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau malah beliau kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tidak hairanlah lelaki berusia 47 tahun itu hidup dalam ketakutan dan terpaksa dilindungi pengawal peribadi sejak pejabat majalah itu dibom pada 2 November 2011 susulan penerbitan kartun Charia Hebdo yang jelas menghina undang-undang jenayah Islam.

Beliau yang menjadi ketua editor Charlie Hebdo pada 2009 juga selalu menerima ancaman bunuh hanya kerana mempertahankan dasar majalah suka hina ahli-ahli politik, selebriti sukan dan hiburan bahkan kaum bukan kulit putih sejak ia diterbitkan 1970.

Stephane Charbonnier

Meskipun Charlie Hebdo bersifat pelampau, ia disegani kerana Bernard Maris, salah seorang pemilik sahamnya yang juga wartawan majalah itu, dan turut terbunuh dalam serangan nekad tersebut; sebenarnya merupakan pakar ekonomi berpengaruh.

Bayangkanlah, beliau ialah profesor pengajian ekonomi di Institut Kajian Eropah, Universiti Paris selain mengajar subjek mikro ekonomi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Peru; serta menjadi ahli lembaga pengarah Bank Pusat Perancis.

Secara umum, Charlie Hebdo dengan edaran 45,000 naskhah bebas hina mana-mana pihak tanpa rasa bersalah kerana ia didukung ramai personaliti ternama Perancis dan lebih pelik, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Sasaran utama mereka ialah agama Islam dan ramai lihat kecenderungan majalah Perancis itu mempermainkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya memang didalangi Barat bagi membangkitkan kemarahan umat Islam sekali gus melabel Islam sebagai pengganas.

Hakikatnya kematian Charbonnier, Maris dan lapan lagi kartunis biadap Charlie Hebdo berjaya menjadi ‘modal’ pihak Barat untuk mengalih perhatian masyarakat selama ini daripada isu penghinaan majalah pelampau itu ke atas agama Islam. – Agensi

(Atas sebab sensitif, satu bahagian dalam video Youtube di bawah yang memaparkan wajah kartun kononnya sebagai Nabi Muhammad SAW telah dipadam.)

Tags: Charlie HebdoEkonomiislammajalahPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd