• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Tidak Akan Audit 1MDB – Nur Jazlan

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan menjalankan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana langkah itu sudah dilaksanakan firma antarabangsa, kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Mereka mempunyai akauntan profesional yang lebih berkeupayaan kerana memiliki tenaga kerja yang cukup termasuk akauntan bertauliah dan sebagainya.

“Keduanya, firma audit antarabangsa itu perlu melakukan tugas yang terperinci kerana perlu memastikan reputasi mereka tidak terjejas jika melakukan kesilapan,” katanya kepada The Star Online, Sabtu.

“Sekiranya sebarang dokumen baharu timbul, PAC tentu sekali akan menelitinya, tetapi buat masa ini semuanya jelas dan jika audit dilakukan semula pun ia tidak akan memberi sebarang kesan besar,” tambahnya.

Pengerusi PAC itu bagaimanapun berkata, adalah lebih baik jika wakit 1MDB memberi pengesahan berhubung beberapa perkara.

“Banyak perkara diperkatakan mengenai 1MDB, dan dengan adanya CEO baharu dan perubahan dalam pentadbiran syarikat itu, mereka sepatutnya memberi penjelasan untuk memperbaiki imej yang tercalar.

“Seperti Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) misalnya, dia meminta penjelasan dan saya rasa pihak 1MDB perlu tampil untuk tujuan itu,” katanya Nur Jazlan. – mStar Online

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd