• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ops Catut” Pantau Harga Barangan Sebelum GST Mulai Esok

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menjalankan operasi “Ops Catut” bermula pada Khamis bagi memantau harga barangan dan perkhidmatan menjelang pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata pemantauan dilakukan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan ketika sistem percukaian baharu itu dilaksanakan.

“Ops ini diteruskan sehingga diberitahu kelak dan kementerian akan memastikan tindakan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan semasa pelaksanaan GST,” katanya kepada media selepas melancarkan Operasi Antipencatutan Bagi Menghadapi Pelaksanaan GST di sini, pada Rabu.

Katanya operasi itu dilakukan untuk memastikan para peniaga mengekalkan jumlah keuntungan bersih yang diperolehi pada 2 Jan hingga 30 Jun tahun ini.

“Sekiranya keuntungan bersih itu meningkat berbanding dengan apa yang diperolehi pada tempoh masa itu, jadi ia akan dianggap sebagai pencatutan,” katanya.

Hasan juga berharap rakyat yang ingin mengadu mengenai kenaikan harga barang untuk tampil dengan bukti lengkap supaya pihak penguat kuasa dapat mengambil tindakan dengan serta merta.

“Kalau aduan tidak diberi perhatian, mereka boleh mengadu terus kepada saya atau timbalan saya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Alias Ahmad untuk diambil tindakan ke atas pegawai yang tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTHarga Barang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd