• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Puas Hati Keputusan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan berpuas hati apabila berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah Enakmen Jenayah Syariah negeri yang menghukum lelaki Islam berpakaian wanita.

“Maksudnya kes yang kami (kerajaan negeri) rayu ada merit kalau tidak semestinya ia (Mahkamah Persekutuan) telah ditolak awal-awal,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membenarkan kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan) 1992, sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, ketika ditanya hasrat Johor Corporation (JCorp) untuk mengambil alih ladang satelit tinggalan Pusat Fidlot Nasional (NFC) di negeri ini, Mohamad berkata, kerajaan negeri telah merampas tanah milik kerajaan negeri itu dan bercadang mengusahakan sendiri ladang satelit dengan kerjasama syarikat yang akan dikenal pasti. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WfCRDbynFC8

Tags: Negeri SembilanPondan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd