• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Bangunan Wisma Perwira ATM

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan bangunan Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu di Jalan Padang Tembak di sini.

Bangunan baharu itu dibangunkan di atas tapak lama wisma perwira berdekatan dengan Kementerian Pertahanan yang upacara pecah tanahnya disempurnakan Najib, sebagai menteri pertahanan, pada 4 Sept 2008.

Wisma Perwira baharu itu mempunyai dua menara masing-masing setinggi 14 tingkat dan dihubungkan dengan sebuah ‘sky bridge’. Pembinaannya menelan belanja RM128.5 juta.

Bangunan yang menjadi kemegahan ATM ini berfungsi sebagai tempat penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi tentera, seminar, mesyuarat dan penganjuran aktiviti lain berpandukan tradisi dan budaya ketenteraan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib dalam kata alu-aluan buku perasmian Wisma Perwira berkata wisma itu adalah tanda dan usaha kerajaan menghargai jasa pengorbanan dan sumbangan anggota serta pegawai ATM.

Perdana menteri berkata kerajaan mengambil inisiatif ini bagi memberikan kemudahan penginapan dan fasiliti yang lebih selesa kepada semua anggota dan pegawai ATM daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ATM kerana berjaya merealisasikan hasrat saya sebagai menteri pertahanan pada masa tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd