• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Batal Program Untuk Hadiri Pengebumian Raja Abdullah

oleh AK-47
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan membatalkan semua program beliau di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland untuk berangkat menghadiri majlis pengebumian Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz di Riyadh hari ini.

Bagaimanapun, lawatan kerja Perdana Menteri ke United Kingdom akan berjalan seperti biasa bermula 24 Jan sehingga 26 Jan ini.

Beliau turut memaklumkan perkara berkenaan melalui twitter.

BACA JUGA – Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Mangkat

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Davos pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich, seterusnya berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dengan pesawat khas tengah hari tadi.

Raja Abdullah mangkat kira-kira pukul 1 pagi tadi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) selepas dirawat di hospital kerana pneumonia sejak Disember lepas.

Jenazah almarhum selamat dikebumikan selepas selesai Solat Jumaat tadi.

Ekoran kemangkatan baginda, jalan raya di sekitar Riyadh hari ini dilihat sunyi dan lengang. Ramai rakyat Saudi turut menyuarakan kesedihan mereka melalui media sosial.

Seorang pengguna twitter bernama Shaima berkata, “Kami tidak kehilangan seorang Raja, kami kehilangan seorang bapa.”

Raja Abdullah mula memerintah Arab Saudi sejak 2005. -MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Presiden AS Barrack Obama Berkaitan Kemangkatan Raja Abdullah

Tags: Arab SaudiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd