• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustafa Ketuai Misi Dagangan & Pelaburan Ke India

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengetuai misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari ke India mulai hari ini dan dijadual menyertai Sidang Kemuncak Perkongsian Persekutuan Industri India (CII) 2015.

Menteri itu akan mengadakan beberapa perjumpaan perdagangan dengan pelabur berpotensi dari India serta perniagaan Malaysia yang sudah beroperasi di sini.

Mustapa akan menyampaikan ucapan khas di seminar bertajuk ‘Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan India-Malaysia Dalam Konteks Dinamisme Ekonomi India dan Dasar Bertindak Ke Timur India’ di New Delhi dianjurkan Sistem Penyelidikan dan Maklumat Untuk Negara Membangun (RIS).

RIS adalah badan pemikir di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar India yang bertindak sebagai forum untuk memupuk dialog dasar yang berkesan dan pembinaan kapasiti di kalangan negara membangun mengenai isu ekonomi antarabangsa.

Fokus program kerja RIS adalah untuk mempromosi kerjasama selatan-selatan dan membantu negara membangun dalam rundingan pelbagai hala dalam pelbagai forum.

Mustapa kemudiannya akan menyertai Sidang Kemuncak CII yang akan diadakan di Jaipur, Rajasthan.

Beliau akan terbabit dalam sesi “Blok Perdagangan Serantau Mega: Implikasi Untuk Ekonomi Sedang Membangun’ bersama Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb dan Menteri Perdagangan China, Gao Yan.

India adalah rakan dagangan penting Malaysia sejak 1998 dan menjadi destinasi eksport terbesar di rantau Asia Selatan.

Mustapa mengetuai misi dagangan yang serupa ke Selatan India tahun lepas yang menjana minat yang tinggi, terutama daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana di samping industri automotif.

Malaysia dan India telah menetapkan sasaran dagangan dua hala sebanyak US$20 bilion menjelang akhir tahun ini.

Eksport utama Malaysia ke India tahun lepas ialah produk elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, logam dan minyak sawit manakala import utama Malaysia dari negara itu ialah kimia dan produk kimia serta daging.

Pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India pada 1 Julai 2011 telah meningkatkan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara berkenaan. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd