• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ucap Takziah Pemergian Mohammad Azlan

oleh Ahmad Albab
25/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohammad Azlan Mat Lazim di atas pemergian bintang paralimpik negara itu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Serdang dekat sini, semalam.

Katanya, beliau terkejut dengan pemergian atlet berusia 25 tahun itu, yang mengharumkan nama negara dengan memenangi tiga pingat emas pada Sukan Para Asia Incheon 2014.

“Saya kagum dengan sikap dan kecekalan Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. al-Fatihah,” katanya dalam catatan akaun Twitter beliau, hari ini. Muhyiddin berkata, beliau mengenali allahyarham Mohammad Azlan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan awal Januari lalu di mana allahyarham adalah antara penerima Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015.

“Saya kenali Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazim, atlet paralimpik negara di majlis Anugerah Maulidur Rasul. Saya terkejut dengan berita pemergiannya,” kata beliau yang menyampaikan hadiah pada majlis itu.

Mohammad Azlan dan atlet lompat jauh paralimpik, Farisan Jasna, 25, menunggang motosikal ke tempat riadah sempena cuti hujung minggu sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van pada kira-kira 2 petang semalam.

Mohammad Azlan, dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tangan dan kepala manakala Farisan, 24, atlet lompat jauh paralimpik dari Sarawak cedera parah dan kini dirawat diHospital Serdang.

Farisan pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Pada temasya Para Asia pada Oktober tahun lepas, Mohammad Azlan menampilkan aksi cemerlang dengan membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200mdan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd