• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima Laporan Akhir Siasatan Kebocoran Soalan UPSR

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima laporan akhir hasil siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 daripada Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia.

Laporan yang diserahkan pengerusi jawatankuasa berkenaan Tun Zaki Azmi itu turut memuatkan 15 syor penambahbaikan peperiksaan awam di negara ini yang melibatkan definisi serta proses kerja di peringkat produksi, operasi dan pengurusan.

Ia turut mengandungi analisis dan penilaian terhadap proses kerja dan prosedur operasi standard pengurusan peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan.

Menurut laporan itu, jawatankuasa bebas berkenaan bermesyuarat sebanyak 22 kali dan memperoleh input daripada pelbagai kaedah seperti taklimat, temu bual, lawatan kerja dan input orang awam.

Jawatankuasa bebas itu ditubuhkan ekoran kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 sehingga menyebabkan calon terpaksa mengambil semula peperiksaan itu. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd