• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misha Omar Risau Anak Terlibat Gejala Sosial

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Misha Omar berasa bimbang jika anak angkatnya, Muhammad Adam Emir, 8, terlibat dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di kalangan kanak-kanak.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, keadaan itu membuatkan dia memasukkan Adam ke sebuah sekolah swasta di ibu kota yang mempunyai bilangan pelajar yang kecil.

“Sebagai ibu, melihat dunia zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai gejala sosial, ia membuatkan saya risau jika Adam mungkin akan terpengaruh dengan masalah yang semakin membelenggu di kalangan masyarakat kita.

“Kerana itu saya memasukkan Adam ke sekolah swasta yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.

“Selain itu, saya tidak mahu anak saya terasa jika dia diejek ‘anak angkat’ oleh teman-teman seusia,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Misha, suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 32, bagaimanapun tidak gemar melihat cara dia berbuat demikian sebaliknya mahu Adam bergaul dengan lebih ramai kanak-kanak agar mental dan fizikalnya lebih kuat.

Akur dengan kata-kata suaminya itu, Misha telah mendaftarkan Adam ke sekolah kerajaan untuk sesi persekolahan 2015.

Ada betulnya juga kata suami. Saya terlalu melindungi Adam sehingga dia tidak boleh berdikari dengan sendiri.

“Semua ini adalah demi kebaikan Adam juga di mana dia perlu belajar menangani atau berdepan dengan masalah di sekeliling dalam menjadi seorang yang lebih kental,” ujarnya.

Misha dan Firos yang merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah bernikah pada 2 Mei lalu di Kota Bahru, Kelantan.

Sementara itu, Misha kini sibuk dengan latihan teater Diari Wanita…Episod Kak Ani & Nyonya terbitan Ctra Production yang bakal dipentaskan bermula 11 sehingga 16 Februari 2015 di Istana Budaya.

Antara barisan pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Liza Othman dan Dayang Kartini sebagai Kak Ani, Sherry Alhadad, Amy Mastura, Juhara Ayob, Nad Zainal dan Shahrul Mizad.

Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com. – mStar Online

Tags: Misha Omarpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd