UNTUNG sungguh pemilik Gerai Din Roti Canai, berdekatan Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Mana tidaknya, gerainya tidak putus-putus menerima pelanggan yang teruja ingin menjamu selera di gerai berkenaan.
Ini semua gara-gara salah seorang pekerjanya merupakan gadis ‘minah saleh’ yang datang nun jauh dari Rome, Itali.
Lebih menarik, dia mengenakan pula tudung di kepala persis gadis Melayu terakhir.
Hebat sungguh strategi pemilik Gerai Din Roti Canai ini hingga sanggup menggajikan seorang minah saleh ye..
Tetapi sebenarnya, ada cerita menarik mengapa gadis bernama Chantal Viola ini bekerja di gerai roti canai tersebut.
Viola dikatakan seorang penuntut Universiti di Itali yang mengikuti program pertukaran pelajar di negeri Kedah.
Justeru dia bekerja di gerai tersebut untuk mendalami dan mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih baik.
“Dengan bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama,” kata Chantal Viola.
Bagus sungguh Viola.. demi mendapatkan ilmu dia sanggup bersusah payah bekerja sebagai pelayan di gerai roti canai tersebut.
Terharu rasanya bila mendengar kisahnya yang bukan rakyat Malaysia tetapi bersungguh-sungguh mahu mempelajari bahasa ibunda. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO MINAH SALEH NYANYI LAGU RAYA