Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Tanzania Arah Tahan...

NAIROBI - Presiden Tanzania, John Magufuli semalam mengarahkan penangkapan pengurusan feri yang karam...

Farra Bagaikan Puteri Bakal...

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Bagaikan Puteri sekitar dekad 1990-an, Farra tidak...

Polis Cari Lelaki Tipu...

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan...

Gaun Dedah Belakang, Tasha...

LAMA sudah jarang melihat kelibat pelakon sensasi, Tasha Shilla menghiasi paparan skrin televisyen...

Militan: 3 Warga M’sia Termasuk Suri Rumah Ditahan Di Syria

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana disyaki merancang untuk menyertai kumpulan militan di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga mereka yang diberkas dari 7 hingga 15 Januari lalu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun merupakan warga Malaysia yang diusir dari Australia kerana menyalahgunakan visa pelancongan.

“Mereka juga disyaki terlibat dalam aktiviti merekrut dan menguruskan penghantaran tiga warga Malaysia ke Syria melalui salah sebuah negara ketiga sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Khalid memaklumkan suspek pertama berusia 25 tahun dan merupakan bekas operator di sebuah kilang di Lembah Klang manakala suspek kedua berusia 29 tahun dan bekas penyelia di sebuah kilang di Selangor.

“Suspek ketiga adalah surirumah serta isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan terbabit,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori