• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Terima Hakikat Mereka Tidak Akan Kembali – Maira

oleh AK-47
01/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

EPISOD tragedi yang menimpa pesawat MH370 milik Malaysian Airlines masih menjadi tanda tanya meskipun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan rasminya mengisytiharkan pesawat berkenaan terlibat dalam kemalangan dan semua 239 penumpang serta anak kapal terkorban.

Sementara itu, Maira Elizabeth Nari yang merupakan anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari meluahkan rasa bahawa dia sudah menerima hakikat bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan termasuk bapanya tidak akan kembali.

Pada masa sama dia berharap agar kerajaan memberikan keadilan sewajarnya buat semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang saya rasa setiap kali ada pengumuman atau deklarasi daripada kerajaan mengenai MH370.

“Saya boleh terima hakikat mereka tidak akan kembali, namun keadilan adalah satu kemestian kepada semua ahli keluarga MH370. Saya kini cuba berfikiran positif,” katanya seperti yang ditulis dalam akaun Twitter milik gadis ini.

Maira Elizabeth Nari pernah mendapat perhatian dunia apabila luahan rindu terhadap bapanya mengundang simpati masyarakat netizen.

girl-tweets-missing-malaysia-airline

Kerajaan Malaysia telah mengadakan pengumuman rasmi mengenai pesawat malang tersebut petang semalam yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran di RTM1

Pesawat yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac lalu.

-MYNEWSHUB.CC

Video Harapan Maira

Tags: MH370tweet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd