• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Pembatalan Sidang Media Sempat Undang ‘Suspen’

oleh AK-47
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN lenyap dari radar menara kawalan sejak 8 Mac tahun lalu, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tak pernah luput dari ingatan rakyat Malaysia, apatah lagi petugas media yang pernah bersengkang mata saban hari demi menantikan perkembangan insiden menggemparkan itu.

Justeru walaupun jemputan tentang pengumuman perkembangan terkini MH370 yang diadakan di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Precint 4 Putrajaya hari ini dihantar pada saat akhir, ia menimbulkan keterujaan luarbiasa.

Sekelip mata petugas media mewakili pelbagai organisasi termasuk agensi berita luar negara mula memenuhi perkarangan bangunan DCA sejak jam 1 tengah hari tadi walaupun dalam jemputan dimaklumkan, sidang akhbar hanya bermula di Dewan Serbaguna jam 3.30 petang.

Bukan itu sahaja, Bernama turut melaporkan tentang kewujudan beberapa gerai kecil yang menambahkan lagi kemeriahan di sana.

Di rumah pula, masyarakat Malaysia yang sekian lama menanti khabar berita MH370 apatah lagi keluarga dan sanak saudara mangsa terpacak di depan TV menanti apa yang bakal dimaklumkan kepada mereka berkenaan pesawat Boeing 777-200ER yang sudah terlalu lama ‘menyepi’ itu.

Tapi tup-tup, sidang akhbar hari ini diumumkan batal jadi bayangkanlah betapa frust petugas media, rakyat Malaysia dan keluarga serta sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370 yang menanti penuh debar sejak tengah hari tadi!

Tiada sebab jelas mengapa sidang media dibatalkan namun ada yang mengandaikan, kehadiran waris yang terbabit dalam penerbangan MH370 walaupun tidak dijemput jadi punca. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan namun sidang media kemudiannya diumumkan dianjak ke jam 6.

Penantian akhirnya tamat petang tadi, setelah DCA mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 terlibat dalam kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan disiarkan secara langsung di stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban,” katanya.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal hilang dari radar ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dan sejak itu, nasib sebenar pesawat mahupun muatannya tidak diketahui hingga ke hari ini. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=QV0YNjIi1R0

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Isytihar Semua Penumpang MH370 Terkorban

Next Post

Pihak Itu Bukan Orang Biasa, Lebih Baik Diam Diri – Neelofa

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Pihak Itu Bukan Orang Biasa, Lebih Baik Diam Diri - Neelofa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd