• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercedes-Benz Akan Terus Melabur Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan terus melabur di Malaysia biarpun berdepan ketidaktentuan ekonomi global akibat penurunan harga minyak serta kelemahan ringgit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger, turut menyifatkan Malaysia sebagai penyedia peluang perniagaan yang baik bagi pengeluar kereta segmen premium berkenaan.

Namun, katanya, pelaburan masa depan syarikat itu akan bergantung kepada sokongan kerajaan terhadap pelan perniagaannya yang menyeluruh di negara ini.

“Malaysia adalah negara yang kami sememangnya merancang untuk menambah pelaburan. Berdasarkan perhubungan kami dengan kerajaan, syarikat ini telah menerima sokongan untuk terus mewajarkan pelaburan masa depan di sini,” katanya kepada wartawan di luar majlis penyerahan kunci NZ Wheels, di sini, hari ini.

NZ Wheels Sdn Bhd yang juga pengedar rasmi kereta mewah berkenaan, hari ini melengkapkan penjualan lima kereta hibrid Mercedes-Benz S400L bernilai kira-kira RM3 juta kepada syarikat penyedia perkhidmatan eksklusif limosin, Metro Travel and Tours Service Sdn Bhd.

Ditanya kesan kelemahan ringgit terhadap syarikat itu, Folger berkata jualan kenderaan mewah itu dalam pasaran tempatan kebanyakannya dipacu jenis model serta produk keluarannya.

“Dari sudut positif, penurunan ringgit itu menjadikan produk kami lebih mampu dimiliki di luar Malaysia. Ini membantu dari aspek perniagaan dan eksport yang akan mempengaruhi perniagaan kami secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut menegaskan syarikat itu tidak berhasrat mengurangkan pelaburannya di Malaysia.

Mercedes-Benz pada awal bulan ini berkata ia akan melabur RM280 juta sehingga 2019 dan sebahagian besarnya bagi menaik taraf kemudahan kilang pengeluaran serta memperluaskan lagi jaringan pengedarnya.

Tahun lepas, syarikat itu melabur RM15 juta dalam kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang, yang memasang kenderaan hibrid. – BERNAMA

Tags: Mercedes-Benz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Jumpa Tok Mat Bawa Mercedes Klasik

29/09/2021
0

PETALING JAYA – Menjengah Facebook peminat kereta lama yang dikenali sebagai ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’, kita pasti teruja dengan gambar-gambar...

Beli Mercedes Itu Hak Kerajaan Kelantan – Mahathir

18/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian kereta Mercedes Benz adalah hak kerajaan Kelantan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd