• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Haramkan Penjualan Arak Di Kawasan Majoriti Muslim

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka akan melaksanakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven di kawasan yang dimonopoli penduduk Melayu dan beragama Islam.

Dalam satu kenyataaan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco semalam (Rabu) yang mana komposisi sesuatu bangsa bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilaksana.

Justeru itu, satu kajian terperinci bakal dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan maklumat berkaitan jumlah penduduk dan sebagainya.

8283907190_6f18b01995_z

“Sebagai contoh, sekiranya lingkungan jarak antara dua 7-Eleven mempunyai 90 peratus orang Melayu, penjualan minuman keras di kedai terbabit adalah tidak sesuai.

Bagaimanapun, seperti di Malim di mana peratusan kaum bukan Melayu adalah 90 peratus, kita tidak mempunyai halangan untuk penjualan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut selesai.

Tambahnya lagi, cadangan tersebut telah mendapat persetujuan dari pengurusan 7-Eleven, namun ujarnya, beliau meminta agar penakrifan ‘minuman keras’ di kedai berkenaan dikaji kembali.

[MENARIK UNTUK DIBACA: Baru 7 Tahun Dah Pandai Bawa Kereta Pungut Ayah Mabuk]

Ini kerana, takrifan ‘minuman keras hanya digunakan bagi minuman yang mempunyai kandungan alkohol tinggi seperti wiski dan bukannya bir.

“Kita tidak boleh membuat sesuatu undang-undang itu dengan sewenangnya tetapi perlu kajian berfakta dan berangka supaya keputusan itu nanti tidak memberi kesan yang sebaliknya.”

Dalam pada itu, Idris turut memohon agar pihak 7-Eleven mengambil pekerja dari latar belakang kaum yang pelbagai, kerana menurutnya, majoriti pekerjanya sekarang merupakan kaum Melayu.

“Selain menangani sensitiviti pekerja Melayu (menjual arak), langkah ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada bangsa lain.” – MYNEWSHUB.CC

 

Kenapa Allah S.W.T Mengharamkan Minuman Keras?

https://www.youtube.com/watch?v=Zbk-ftAVYi0

Tags: arakIdris HaronMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd