• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Teknologi Untuk Pengajian Al Quran

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kecanggihan teknologi terkini perlu dimanfaatkan secara kreatif dalam sistem pengajian al Quran ketika umat Islam sedang menikmati keselesaan dunia moden, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yakin metodologi pengajian al Quran perlu sejajar dengan perkembangan teknologi semasa supaya ia lebih memikat dan memudahkan umat Islam untuk mendalami dan menghayati ilmu yang terkandung di dalamnya.

Menurut kenyataan MAIPs hari ini, Tuanku Syed Faizuddin menyatakan demikian semasa meninjau proses pengajian Halaqat al Quran secara dalam talian di Masjid An-Nabawi di Madinah, Arab Saudi hari ini dan baginda juga tertarik dengan sistem pengajian yang dilaksanakan di masjid itu.

Lebih 7,000 pelajar pelbagai kategori dan umur daripada lebih 70 negara menyertai pengajian secara dalam talian itu.

Baginda bertitah, pengajian al Quran mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ketamadunan Islam apatah lagi kitab suci itu turut menekankan konsep ilmu.

Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi Pengurus Baitulmal MAIPs Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor turut mendengar taklimat tentang sistem pengajian al Quran itu yang disampaikan imam Masjid An-Nabawi, As-Syeikh Dr. Abd Muhsen Al-Qasim.

Baginda berada di Madinah sejak semalam selepas menunaikan umrah di tanah suci Makkah tiga hari lalu. – BERNAMA

Tags: Al-QuranRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd