• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benarkan Tindakan Jawi Ditangguh

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad untuk menangguhkan sebarang tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadapnya yang berdepan tiga pertuduhan menghina Islam di Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas menyemak penghujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak.

Peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, memberitahu pemberita berikutan keputusan itu, Jawi atau pegawainya ditegah daripada mengambil sebarang tindakan atau meneruskan prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah sementara menunggu kes rayuannya diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

Kassim merayu terhadap keputusan Asmabi pada 6 Jan yang menolak permohonan beliau untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk mendakwa beliau di Mahkamah Tinggi Syariah terhadap tiga pertuduhan menghina Islam.

Rosli berkata beliau akan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah supaya menangguhkan kes Kassim yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini. Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan perbicaraan bagi kes itu disebut pada 16 Februari.

Asmabi, ketika menolak permohonan semakan kehakiman Kassim, berkata Kassim tidak seharusnya mengemukakan permohonan semakan kehakiman sebuah agensi penguatkuasaan di Mahkamah Sivil memandangkan kes itu berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Hakim itu berkata bagaimanapun, Kassim boleh memohon remedi di Mahkamah Sivil berkaitan dakwaan beliau ditangkap dan ditahan secara tidak sah.

Kassim, 82, memfailkan permohonan pada 26 Jun tahun lepas, memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac tahun lepas, untuk mendakwanya kerana didakwa menghina Islam dan mengingkari arahan pihak berkuasa.

Beliau memohon agar kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah di Putrajaya digantung sementara menunggu keputusan permohonan semakan kehakiman itu.

Beliau turut memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita selain bon serta perisytiharan bahawa pegawai Jawi dan pendakwaan bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Beliau mendakwa pegawai dan pendakwa Jawi itu melanggari peruntukan Perlembagan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah, dalam tindakan mereka terhadapnya. – BERNAMA

Tags: JAWIKassim Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd