BEKAS pemain sayap Portugal dan Real Madrid, Luis Figo mengumumkan akan mencabar penyandang Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter untuk meraih jawatan itu pada tahun ini.
“Saya ambil berat tentang bola sepak, jadi apa yang saya lihat mengenai imej FIFA, bukan sahaja sekarang, tetapi tahun-tahun sebelumnya, saya tidak suka.
“Jika anda search FIFA di Internet, anda akan nampak perkataan pertama yang keluar ialah skandal, itu bukan perkataan positif.
“Itu adalah perkara yang perlu kita ubah terlebih dahulu dan cuba untuk memperbaiki imej FIFA. Bola sepak berhak mendapat lebih baik daripada ini,” katanya kepada CNN.
Selain Figo, Blatter yang cuba meneruskan penggal kelima jawatannya pada pemilihan 29 Mei depan, turut berdepan saingan Naib Presiden FIFA, Putera Ali Al Hussein dari Jordan, Ketua Bola Sepak Belanda, Michael van Praag, bekas Ekskutif FIFA, Jerome Champagne dan bekas pemain sayap Perancis, David Ginola. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=tMfhzaebJBk

