Operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 oleh anggota BASARNAS terpaksa ditangguhkan petang ini (Ahad) akibat keadaan berlumpur dan gelap di lokasi kejadian di Selat Karimata, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Menurut laporan dari portal berita Kompas.com, Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo berkata, pasukan penyelam yang mula menjalankan tugas mencari kira-kira jam 8.20 pagi waktu tempatan, tidak dapat meneruskan usaha tersebut kerana situasi gelap di dasar laut, lantas menyebabkan pandangan terhad.
“Ada sembilan kapal di laut berada di kawasan di mana objek dipercayai berada sebelum melakukan penyelaman semula jika keadaan mengizinkan.”
Menurut Bambang lagi, jarak penglihatan yang terbatas itu bertambah buruk kerana lumpur tebal menyelubungi dasar kawasan tersebut walaupun penggunaan alatan canggih seperti alat mengesan khas.
Situasi bertambah buruk kerana arus di kawasan tersebut deras iaitu sekitar tiga knot sehingga lima knot. Oleh itu, pasukan mencari terpaksa menghentikan sementara operasi tersebut dan akan menyambung semula setelah keadaan pulih. – MYNEWSHUB.CC
Sedutan Berita Indonesia Tentang Kesulitan Mengangkat Jasad Penumpang QZ8501 Dari Permukaan Laut Selat Karimata