• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Hoki Dunia: Malaysia Muncul Juara Tewaskan Poland 8-0

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) 2015 selepas membelasah Poland 8-0 pada perlawanan akhir, sekali gus mara ke Separuh Akhir WHL yang dijadualkan pada Jun ini.

Ketua pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira Malaysia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Sengkang di sini hari ini, apabila menjaringkan ‘hat-trick’.

Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi jaringan Faizal Saari pada minit ketiga sebelum Muhammad Razie menggandakan jaringan, kedua-duanya menerusi pukulan sudut penalti, selang empat minit kemudian.

Muhammad Razie terus bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti, sebelum Faizal Saari melebarkan jaringan pada minit ke-33.

Sorakan penyokong negara yang membanjiri stadium ternyata menaikkan semangat pemain Malaysia untuk menambahkan jaringan pada minit ke-42 menerusi Nabil Fiqri Mohd Noor dan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-48.

Pemain muda, Muhammad Haziq Samsul turut melakar nama dalam senarai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketujuh Malaysia pada minit ke-54.

Muhammad Razie melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia dengan menjaringkan gol ketiga peribadi yang juga gol kelapan pasukan negara, enam minit kemudian.

Jurulatih negara Tai Beng Hai berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang menampilkan corak permainan berbeza hari ini, berbanding ketika berdepan Jepun pada separuh akhir semalam.

“Kita melakukan pembaharuan dalam teknik permainan hari ini. Mereka bermain dengan begitu bagus dan memberi komitmen yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Razie berkata tidak menjangka pasukan negara berjaya mencatat kemenangan besar ke atas Poland yang sebelum ini mempamerkan pretasi yang baik pada kejohanan tersebut.

“Mungkin disebabkan kita memberi fokus 100 peratus selepas mencatat kemenangan tipis ke atas Jepun semalam…pada perlawanan hari ini, kita bermain lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun tewas, Poland turut mengiringi Malaysia ke saingan Separuh Akhir WHL 2015 bersama-sama Jepun yang menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Oman 4-0.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) belum menetapkan venue saingan Separuh Akhir WHL 2015 sama ada di Belgium atau Argentina.

SINGAPURA: Pemain penyerang Malaysia, Faizal Saari dianugerahkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak setelah Malaysia muncul juara dan tewaskan Poland pada perlawanan akhir saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di sini, malam ini.- Foto BERNAMA
SINGAPURA: Pemain penyerang Malaysia, Faizal Saari dianugerahkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak setelah Malaysia muncul juara dan tewaskan Poland pada perlawanan akhir saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di sini, malam ini.- Foto BERNAMA

Faizal Saari yang menjaringkan keseluruhan 12 gol menerima anugerah penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan berkenaan. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd