• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut, Rakan Parah Kereta Bertembung Treler

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja di sebuah syarikat penapisan air rentung manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM254.8 Lebuh raya Utara-Selatan menghala utara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, Mohd Joeri Ramli, 34, maut akibat tersepit, manakala rakannya Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, cedera parah dalam kejadian pada 9.30 pagi itu.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan 60 tan barangan besi hilang kawalan ketika cuba mengelak penutupan lorong sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

“Rentetan itu, lori berkenaan telah memasuki lorong kanan sebelum merempuh tiga kenderaan lain termasuk kereta Honda Civic yang dipandu Mohd Joeri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kereta mangsa yang diseret sejauh satu kilometer musnah terbakar manakala mangsa dalam kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ghuzlan, pemandu lori bertindak melarikan diri dan polis menahan kelindannya yang cedera ringan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di Hospital Ipoh. – BERNAMA

http://youtu.be/nAmzvuuDmZc

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd