Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

8 Maut Insiden Lelaki...

MUNICH - Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pusat beli belah yang sibuk di...

Royalti Kelantan ‘Sangkut’ Di...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan yakin akan menerima royalti minyak sebagaimana yang dijanjikan...

MOSTI Keluar Amaran Air...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan amaran fenomena angin...

Pendapatan Bersih LTAT Merosot...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan pendapatan bersih belum diaudit...

Lebih 35,000 Pekebun Kecil Getah Tak Daftar PAT-G

MACHANG – Lebih 35,000 daripada 84,410 pekebun kecil getah di Pantai Timur belum berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia bagi mendapatkan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) sejak ia diperkenal November lepas.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Douglas Uggah Embas berkata perkara ini antaranya disebabkan faktor musibah banjir yang melanda negeri berkenaan baru-baru ini.

“Kelantan mencatat jumlah tertinggi dengan lebih 20,000 pekebun kecil getah belum mendaftar untuk PAT-G,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bantuan dan Aktiviti Pembersihan Pasca Banjir di pejabat Lembaga Getah Malaysia di sini, hari ini.

Uggah berkata ketiadaan dokumen PAT-G akan menyukarkan pekebun kecil membuat tuntutan di bawah program Pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan diaktifkan selepas harga fizikal getah SMR20 mencecah RM4.60 sekilogram dan harga getah buku mangkuk berharga RM1.75 sekilogram.

“Kerajaan memberi bantuan tambahan bagi setiap kilogram getah yang dijual pekebun kecil dengan syarat mereka mengemukakan resit jualan dan dokumen PAT-G ini,” katanya.


Beliau berkata ia merupakan antara inisiatif kerajaan bagi menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran.

Beliau berkata kakitangan Lembaga Getah Malaysia akan turun padang selepas ini untuk mengesan pekebun kecil getah yang masih gagal berdaftar dengan agensi itu bagi mendapatkan dokumen PAT-G.

Pada majlis itu, seramai 36 kakitangan pelbagai agensi di bawah kementerian berkenaan yang terjejas banjir menerima wang ihsan serta barangan keperluan lain.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang juga Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • getah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori