• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rupanya.. Larang Beli Kereta Mewah Punca Emma, Zizan Putus?

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK habis lagi nampaknya kisah yang berbangkit ekoran berita putusnya percintaan antara pelawak dan pelakon Zizan Razak serta Emma Maembong.

Jika sebelum ini Zizan meminta pemberita memberi ruang kepadanya ketika disogok soalan berkaitan perpisahannya itu, hari ini menerusi sebuah portal berita, dia akhirnya membuka mulut.

Zizan memberitahu punca sebenar hubungan mereka berakhir adalah kerana hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah berkuasa tinggi ditentang Emma kerana dianggap membazir!

Tambahnya lagi, sepanjang hubungannya dengan Emma berlangsung tiada perselisihan besar yang dihadapi namun titik tolak daripada keinginannya itulah ia mulai retak.

[BACA INI JUGA: Putus Dengan Emma Maembong Satu Dugaan, Kata Zizan]

“Sebenarnya tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu sendiri. Itu yang jadi punca perpisahan kami,” katanya seperti dilaporkan media tersebut.

Mengakui dia masih mencintai Emma dan berharap hubungan mereka akan kembali seperti sediakala, Zizan turut menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan pelakon jelita itu mengikis duitnya.

Daripada penjelasan Zizan ini nyata hatinya masih kuat inginkan Emma. Jadi jalan penyelesaian terbaik mungkin mereka berdua perlu duduk semuka dan berbincang.

Mana tahu, mungkin keadaan dapat dipulihkan jika kedua-duanya masih menyimpan perasaan pada satu sama lain kan? – MYNEWSHUB.CC

Zizan Razak Dalam Program Sembang Teh Tarik

Tags: Emma MaembongZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

17/02/2020
0

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd