KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melepaskan pegangan 1.02 juta saham dalam Eversendai Corp Bhd pada 2 Jan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Eversendai berkata berikutan penjualan pegangan berkenaan, KWSP kini mempunyai pemegangan saham langsung sebanyak 7.35 peratus dalam syarikat yang mewakili 56,854,100 saham setakat 5 Jan. – BERNAMA

