Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

26 Anggota Militan Haqqani...

KABUL - Sejumlah 26 anggota kumpulan militan Haqqani terbunuh selepas Pasukan Tentera Khas...

Agong, Permaisuri Sertai Kejohanan...

TAIPING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

PM Umum Peruntukan RM78...

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Kumpulan Militan IS Hampiri...

BEIRUT - Kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin mara menghampiri bandar penduduk Kurdis...

Kumaar Tamat Mogok Lapar Berikutan Permintaan Palanivel

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung MIC Datuk G. Kumaar Aamaan bersetuju menamatkan mogok lapar berikutan permintaan daripada presiden parti berkenaan Datuk Seri G. Palanivel pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Palanivel berkata beliau prihatin terhadap tindakan Kumaar Aamaan mengadakan mogok lapar di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini, sejak petang Khamis.

“Walaupun ia keputusan peribadinya, saya telah meminta beliau menamatkan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional.

“Saya baru bercakap dengan beliau dan saya gembira kerana Kumaar Aamaan telah bersetuju dan akur dengan permintaan saya untuk menamatkan mogok lapar,” katanya.

Sementara itu, Kumaar Aamaan yang terpaksa melakukan tindakan seumpama itu sebagai bantahan terhadap ROS, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mematuhi kehendak presiden parti berkenaan.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata beliau masih menghormati dan menerima nasihat Palanivel, namun berharap presiden parti itu berbincang dengan pemimpin lain sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan parti tersebut.


“Saya hormati nasihat beliau demi kebaikan MIC dan mengucapkan terima kasih atas langkah positif yang diambilnya bagi menyelesaikan masalah MIC.

“Tetapi apa yang menyedihkan, saya selaku naib presiden parti, tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” kata beliau.

Kemelut MIC bermula apabila ROS pada 5 Dis lepas, meminta MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 Nov 2013.

ROS juga mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula bagi beberapa bahagian selain menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga semua perkara itu selesai. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply