• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Minta Rakyat Renung Kepentingan Akta Hasutan

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan rakyat Malaysia agar merenung kepentingan pengekalan Akta Hasutan 1948 disebalik kejadian serangan di Paris, Perancis Rabu lepas.

“Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebabnya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama,” kata Khalid dalam laman Twitternya.

Beliau berkata undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membolehkan polis menghapus tindakan pelampau atau kumpulan ekstremis daripada peringkat awal.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dalam memberi sebarang komen agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Insiden keganasan selama tiga hari di Paris melibatkan sekumpulan bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Khalid turut mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitternya bahawa pasangan Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang menawan beberapa tebusan di sebuah pasar Raya di Paris pada Jumaat lepas tidak pernah memasuki Malaysia seperti yang didakwa laporan media asing.

“Semakan @PDRMsia, Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang ditembak mati di supermarket di Paris tidak dikesan masuk Malaysia,” katanya.

Media asing baru-baru ini melaporkan bahawa pasangan tersebut pernah bercuti di Malaysia tetapi tidak menyatakan tarikh kunjungan mereka.

Coulibaly ditembak mati oleh polis sementara Boumeddiene melarikan diri ketika insiden berbalas tembakan dengan polis berlaku.

Penjenayah itu dikatakan mendesak pembebasan Cherif Kouachi, 32, dan Said Kouachi, 34, yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo serta membunuh 12 orang sebelum pasangan adik beradik itu ditembak mati di Dammartin-en-Goele. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd