• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Laksana 2.6 Juta Pemeriksaan Pada 2014

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan lebih 2.6 juta pemeriksaan di seluruh negara pada 2014 untuk mengesan kegiatan cetak rompak dan penjualan barangan tiruan serta penipuan harga.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata daripada pemeriksaan itu, yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, sebanyak 10,742 kesalahan direkodkan melibatkan nilai rampasan RM147.1 juta.

“Kompaun yang dikutip adalah sebanyak RM829,910 daripada 4,623 kes, sementara denda yang dikenakan sebanyak RM839,900 daripada 33 kes,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Roslan berkata daripada keseluruhan pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 170,363 pemeriksaan dilakukan terhadap aktiviti cetak rompak melibatkan 1,020 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM6.38 juta.

Sebanyak 73 serbuan dengan kerjasama Business Software Alliance (BSA) terhadap premis perniagaan yang menggunakan perisian tidak sah pula melibatkan rampasan berjumlah RM16 juta.

Sementara itu, Mohd Roslan menolak dakwaan bahawa KPDNKK hanya fokus kepada perniagaan tertentu dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang menggunakan perisian tidak sah.

“Kami melakukan pemeriksaan terhadap pelbagai jenis perniagaan contohnya seni bina, penyelesaian automasi, reka bentuk perabot dan pembuatan.

“Walau apapun jenis perniagaan, mereka harus menggunakan perisian asli dan KPDNKK tidak akan bertoleransi dalam hal ini,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd