• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLFA Sasar Kedudukan 2 Tangga Teratas Liga Premier 2015

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) meletakkan sasaran muncul dua pasukan terbaik dalam saingan Liga Premier musim ini bagi mencerahkan peluang beraksi pada Liga Super musim depan.

Penaungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin sasaran itu mampu dicapai oleh skuad ‘The Hawks’ di bawah kepimpinan baharu yang diterajui Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya yakin dengan kepimpinan baharu ini termasuk para pemain (baharu), ia dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Kuala Lumpur di mana kita muncul juara Piala Malaysia tiga kali sebelum ini.Wajah baharu akan memberi nafas baharu kepada pasukan ini,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan malam dan sesi pengenalan pemain Kuala Lumpur bagi musim 2015 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pihaknya sedang berunding dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang merupakan pemilik Stadium Merdeka, bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menggunakan venue berkenaan sebagai gelanggang utama skuad ‘The Hawks’ dalam saingan Liga Premier musim ini.

Tengku Adnan bagaimanapun menegaskan pihaknya mempunyai alternatif lain sekiranya hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka tidak mendapat kebenaran daripada PNB.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kuala Lumpur Datuk Paduka Izudin Ishak yakin sasaran yang diletakkan pengurusan pasukan mampu dicapai berdasarkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain.

Timbalan Presiden II Klfa itu, yang pernah menjadi pengurus untuk pasukan Kuala Lumpur pada musim 2009, mengakui barisan pemain musim ini terutamanya pemain tempatan mempunyai keazaman tinggi untuk meraih kejayaan.

Kapten pasukan Muhammad Syazwan Mohamed Rani pula berpendapat sasaran ke Liga Super musim depan bukan tekanan buat pemain sebaliknya menjadi satu motivasi untuk mereka memberikan persembahan terbaik.

“Kalau hendak kata tekanan, semua pasukan juga ada tekanan.Kita akan beri persembahan terbaik untuk naik ke Liga Super musim depan,” katanya yang beraksi di posisi pertahanan.

Ketua jurulatih pasukan Ricardo Formosinho pula mahu menggunakan pendekatan sederhana dengan menganalisis perlawanan demi perlawanan berbanding mengejar gelaran juara.

“Kami akan berdepan dengan beberapa pasukan terbaik kerana mereka mempunyai pemain terkemuka tetapi saya yakin pemain kami tidak gentar beraksi (dalam Liga Premier),” kata jurulatih dari Portugal itu yang berusia 58 tahun.

Pada majlis berkenaan, Tengku Adnan turut menerima penajaan RM2 juta daripada syarikat Spectrum Outdoor Sdn Bhd yang menjadi penaja utama pasukan Kuala Lumpur musim ini selain beberapa syarikat penaja yang lain.

Skuad ‘The Hawks’ diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain import iaitu Martin Ekoule dan Kalle Sone Masue (kedua-duanya dari Cameroon), Choi Hyun Yeon (Korea Selatan) dan Iyanul Ezekiel Ogunboye (Nigeria).

Kuala Lumpur layak beraksi dalam saingan Liga Premier 2015 selepas muncul naib juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim lepas di belakang Kuantan FA yang merupakan kelab dari Pahang.

Sebagai rekod, pasukan Kuala Lumpur pernah muncul juara Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dari 1987-1989 selain muncul juara Piala FA sebanyak tiga kali pada 1993, 1994 dan 1999.

Barisan Pemain KL Musim 2015:
——————————

Penjaga Gol:
Badrol Hanapi Ali, Mohd Muhaimin Mohamad.

Pertahanan:
Martin Ekoule, Ahmad Jihad Ismail, Benedict Martin, Muhammad Zameer Zainun,
Mohd Fairuz Abd Aziz, Muhammad Syazwan Mohamed Rani (kapten), Mohd Fariss Azlan
Mat Isa.

Pemain Tengah:
Choi Hyun Yeon, Muhammad Fitri Kamal, Mohamad Shamirul Mohamed Rani, Mohd
Fazilidin Khalid, Mohamad Lukhman Noor Hakim Jaafar, Nicholas Chan Meng-Jin,
Shahrudin Yakup, Muhammad Naufal Na’im Tony Rosdin, Hattaphon a/l Bunan, Farouk
Hashim, Pritam Singh a/l Charun Singh, J. Mughilan Kartik, Khairil Amri Borhan.

Penyerang:
Iyanul Ezekiel Ogunboye, Kalle Sone Masue, Romdhizat Jamian, Mohd Saufi Mohd
Ibrahim.

– BERNAMA

Tags: KLFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Kaji Cadangan KLFA Berkaitan Stadium KL

DBKL Kaji Cadangan KLFA Berkaitan Stadium KL

07/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di...

Bunkface Jalin Kerjasama Dengan KLFA

14/02/2018
0

BULAN lalu, kumpulan Bunkface diumumkan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) di mana Bunkface menawarkan penajaan dari segi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd