• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Amar Bersama Zamani Ini Buat Kami Ingin Menangis

oleh AK-47
28/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA vokalis kumpulan Slam, Zamani tiba-tiba hangat menjadi perbualan masyarakat Malaysia apabila videonya menyanyi semasa dalam tahanan menjadi viral di media sosial.

Meskipun diuji dengan kontroversi penglibatan dadah, penyanyi ini nyata menerima sokongan luar biasa daripada peminatnya hingga ramai menyifatkan kes ini mempunyai hikmah tersembunyi.

Selain Shah Slam, penyanyi nasyid popular Amar turut tampil bercerita pengalamannya bekerja bersama penyanyi itu hingga kami yang membaca hampir menitiskan air mata.

Kisah Amar yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya mencuri tumpuan netizen yang kagum akan peribadi mulia dan sikap rendah diri pelantun lagu Gerimis Mengundang ini.

Amar
Amar

Cerita Amar, “Sewaktu rehat sesi rehearsel dia ajak saya duduk semeja bersama pihak penganjur walaupun dia tak sembang dengan orang di meja. Katanya takut orang sangka kita sombong. Sekurang-kurangnya kita join mereka makan.”

 

10945729_826859554047731_5220782781318518060_n

Kenyataan Amar jelas menunjukkan Zamani merupakan seorang yang bukan sahaja suka merendah diri, malah tidak sombong meskipun dia antara penyanyi terkenal di Malaysia satu ketika dahulu.

Malah luahan Zamani terhadap Amar mengenai kerjayanya seninya turut menyentuh hati kami ekoran kesempitan hidup selepas kurang mendapat jemputan mengadakan persembahan.

Sementara itu, kami tertarik apabila membaca kenyataan Amar bahawa meskipun Zamani terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah tetapi peribadi mulianya telah mengangkat nama penyanyi itu sendiri.

Sama-samalah kita doakan semoga Zamani dapat pulih daripada terus terjebak dalam kancah dadah seterusnya membuka lembaran hidup yang baru selepas ini.

-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=bCAxQS44g_0

Tags: facebookkes dadahperibadi muliazamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd