• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khutbah Mana Galak Ekstremisme? – Abdul Ghani

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang peguam bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat adalah tidak objektif dan tidak berlandaskan hujah ilmiah.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin berkata, tuduhan secara umum dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen itu juga tidak menggambarkan hakikat sebenar.

“Kalau kita nak menilai khutbah kita mesti menilai tiap-tiap teks khutbah yang ada, jadi untuk katakan setiap Jumaat ia (menggalakkan) ekstremisme seolah-olah menuduh khutbah itu sebagai sesuatu yang tak elok, sudah pasti (pandangan) ini ditentang oleh semua umat Islam.

“Jika (Paulsen) benar-benar objektif, dia kena sebut khutbah (yang) mana dan dakwaan apa (yang dibuat) dalam khutbah itu, baru kita boleh menilai adakah ia membawa kepada ekstremisme,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Paulsen pada Jumaat lalu menulis status di akaun Twitternya yang berbunyi: “Jakim menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu tangani perkara ini jika ia serius (mahu membanteras fahaman) mengenai ekstremisme di Malaysia”.

Walaupun tidak disebut secara jelas, banyak pihak menganggap kenyataan itu merujuk kepada teks khutbah yang disediakan Jakim untuk disampaikan pada setiap solat Jumaat.

Paulsen kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya itu. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=elG3ZGJzZLw

Tags: hina islam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi Bot: 5 Penumpang Diselamatkan, 3 Maut

Next Post

Siti Sumbang RM310,000 Buat Mangsa Banjir Sempena ‘Birthday’

Related Posts

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

21/07/2022
0

SEPANG – Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi...

Lelaki Hina Islam Akan Didakwa Esok

Lelaki Hina Islam Akan Didakwa Esok

20/07/2022
0

Kuala Lumpur : Penghantar makanan yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina Islam dalam video tular akan didakwa esok. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Siti Sumbang RM310,000 Buat Mangsa Banjir Sempena 'Birthday'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd